- Chef Fairuz
Dari tekstur lembut hingga rasa yang kaya, setiap mangkuk bubur dari Buubo dibuat dengan penuh kasih sayang. Ramuan terpilih, kehangatan setiap suapan, dan nostalgia rasa homemade – sekali cuba, pasti jatuh cinta!
Tekstur lembut dan kaya rasa – kehangatan dalam setiap suapan.
Bubur pekat dengan hirisan ayam lembut, ditambah dengan taburan bawang goreng dan daun sup untuk rasa yang lebih mantap.
Bubur lembut dengan hirisan daging yang empuk, dimasak sempurna untuk rasa yang memuaskan.
Gabungan bubur berkrim dengan cendawan segar yang memberikan aroma dan tekstur yang memikat – pilihan sihat & sedap.
Hidangan ringan tapi mengenyangkan, sempurna untuk berbuka puasa dengan penuh kenikmatan.
Mee kuning dalam kuah kari pekat, dipenuhi ayam, tauhu, dan fish cake, serta aroma rempah yang menggoda selera!
Nasi wangi dengan ayam kukus atau panggang, disajikan dengan sup, kicap istimewa, dan sambal halia yang menyelerakan!
Laksa berasaskan santan dengan ikan segar, mee halus, dan kuah pekat yang kaya dengan rasa tradisi.
Gabungan nasi impit, sayur rebus, dan kuah lodeh berkrim yang kaya dengan santan serta aroma serai.
Sup ayam berempah dengan nasi himpit, bihun atau mee kuning, lengkap dengan sambal kicap pedas untuk rasa lebih padu!
Bihun lembut dalam sup tulang yang kaya perisa, ditambah dengan hirisan daging dan sambal merah untuk rasa yang lebih mantap!
Nasi lemak wangi dengan sambal pedas manis, ikan bilis rangup, kacang goreng, timun, telur rebus, dan ayam berempah
Roti jala lembut dan gebu, disajikan dengan kari ayam pekat yang penuh dengan rasa rempah tradisional.